Berita SemasaPM X

Cadangan tingkat kadar pendapatan bersih penjawat awam diumum hari ini

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengumumkan cadangan penambahbaikan termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam pada perhimpunan Hari Pekerja hari ini.

Pengumuman tersebut akan dibuat Perdana Menteri, yang dijadualkan tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada jam 10.00 pagi ini bagi menghadiri sambutan Hari Pekerja peringkat Kebangsaan.

Pada majlis yang sama, Anwar juga dijangka akan mengumumkan beberapa insentif dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baharu.

Khamis lalu, Perdana Menteri dilaporkan berkata, insentif SSPA yang akan diumumkan nanti adalah antara yang terbaik pernah diperkenalkan kerajaan.

Pada 19 April lalu, Perdana Menteri berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024 hampir memuktamadkan penambahbaikan struktur gaji baharu penjawat awam, yang seterusnya akan diputuskan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Menurut Anwar, komitmen kerajaan untuk menyelesaikan usaha menambah baik struktur gaji penjawat awam yang dilaksanakan menerusi Kajian SSPA itu dibuat di sebalik ekonomi negara yang mencabar kesan ketidaktentuan geopolitik dunia.

Jelas beliau, kerajaan mengambil pendirian dan tanggungjawab tersebut dengan mengambil kira tekanan kos sara hidup bagi penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah.

Untuk rekod, gaji penjawat awam paling akhir dinilai semula adalah pada 2013 iaitu satu tempoh yang agak lama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button