Berita SemasaSukan

United mahu jual Rashford

MANCHESTER – Manchester United meletakkan Marcus Rashford, pemain sayap kiri mereka dalam senarai pemain untuk dijual pada jendela perpindahan musim panas ini.

Menurut The Athletic, kelab Liga Perdana Inggeris itu akan menjual pemain antarbangsa England tersebut, jika terdapat tawaran yang besar serta jika pemainnya itu mengakui ingin meninggalkan kelab.

Bagaimanapun, Rashford mempunyai kontrak empat tahun lagi di Old Trafford selepas menandatangani kontrak lima tahun pada bulan Julai lalu yang akan berakhir pada Jun 2028.

Katanya, United masih mahu menyimpan pemain berusia 26 tahun itu dan membantunya untuk kembali ke prestasi terbaiknya semula.

Musim lalu, Rashford menikmati musim jaringan gol paling berjaya dalam kerjayanya bersama United, dengan penyerang tersebut mencatatkan 30 gol dalam 56 perlawanan di semua pertandingan.

Pengurus United, Erik ten Hag berkata, beliau sangat menyokong pemainnya itu untuk mendapatkan semula prestasi terbaiknya.

“Saya mempunyai simpati untuk Rashy kerana tahun lalu, beliau mempunyai musim yang terbaik dalam kerjayanya dengan 30 jaringan gol.

“Tahun ini dia tidak memberikan itu dan ramai orang mengkritiknya.

“Saya fikir dia memerlukan sokongan kerana kita semua tahu apa yang mampu dilakukannya.

“Dia boleh melakukan lebih baik daripada apa yang sedang dilakukannya tahun ini dan kita pernah melihatnya itu tahun lalu,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Marcus Rashford hanya menjaringkan tujuh gol di seluruh pertandingan yang beliau terlibat musim ini.

Show More

Related Articles

Back to top button