Berita Semasa

Sembilan jam padam kebakaran kilang cat di Meru

 

Shah Alam – Pasukan bomba mengambil lebih sembilan jam untuk memadam kebakaran sebuah kilang memproses cat di Taman Perindustrian Meru.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya melaksanakan operasi overhaul bermula 11.30 pagi dan kerja-kerja memastikan sisa bara kebakaran dipadamkan sepenuhnya berakhir 3 petang.

Beliau berkata 39 pegawai dan anggota bersama jentera dari 10 Balai Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran selepas panggilan kecemasan diterima pada 6.35 pagi.

“Kerja pemadaman turut melibatkan pasukan dari balai bomba dan penyelamat Pelabuhan Klang,Kota Raja,Shah Alam,Bukit Jelutong, Rawang,Pulau Indah,Damansara dan bantuan bomba dari Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Wan Md Razali berkata pasukan khas bahan kimia berbahaya (HAZMAT) Bomba Shah Alam turut terlibat memadamkan tiga unit kilang dan pejabat berkeluasan lebih 10,500 meter persegi tersebut.

“Sebuah kilang memproses cat musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Meru, namun tiada sebarang kehilangan jiwa atau kecederaan direkodkan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button