Politik

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon Kerajaan Perpaduan bentang manifesto Jumaat

HULU SELANGOR – Calon Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu akan membentangkan manifesto kempennya pada hari Jumaat.

Calon DAP, Pang Sock Tao berkata, tawaran tersebut akan merangkumi inisiatif kebajikan dan rancangan pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

“Berkenaan pembangunan di kawasan ini atau apa-apa perancangan kepada masyarakat, saya akan umumkan manifesto pada Jumaat. Saya akan berikan butirannya.

“Isu yang relevan adalah apa tawaran dan rancangan kita kepada masyarakat. Saya akan umumkan melalui manifesto saya nanti,” katanya Sock Tao.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program ramah mesra bersama masyarakat Orang Asal di Kampung Tun Abdul Razak, di sini semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh pengundian awal PRK berkenaan pada 7 Mei, manakala hari mengundi pula adalah pada 11 Mei.

PRK tersebut diadakan susulan kematian penyandang kerusi, Lee Kee Hiong akibat barah yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu, pada 21 Mac lalu.

PRK berkenaan yang ketujuh diadakan selepas pilihan raya umum 2023.

Untuk rekod, terdapat seramai 40,226 pengundi berdaftar di DUN tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button