Berita Semasa

MBI cadang wujudkan saluran penstriman digital sendiri

CYBERJAYA – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bercadang mewujudkan saluran penstriman digital tersendiri pada tahun hadapan.

Laporan Ipoh Echo baru-baru ini menyebut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin sebagai berkata, cadangan itu akan dilaksanakan menerusi kerjasama antara MBI dengan syarikat milik pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki.

“Sasaran kami adalah untuk melonjakkan industri kreatif di Ipoh sebagai sumber pendapatan ekonomi baharu.

“Ini juga adalah satu usaha MBI untuk menjadikan Ipoh sebagai pusat perfileman negara seperti Bollywood kepada India,” kata Rumaizi, baru-baru ini.

Terdahulu, Rumaizi mengadakan pertemuan dengan Afdlin yang juga Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) bagi membincangkan mengenai industri digital dan penyiaran selaras dengan pengisytiharan bandar raya tersebut sebagai Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO untuk muzik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button