Berita Semasa

MB Perlis dibenarkan pulang setelah hampir 9 jam disiasat

PUTRAJAYA – Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dilaporkan sudah meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada kira-kira pukul 6.55 petang tadi.

Difahamkan, beliau tidak ditahan, namun cuma dipanggil ke ibu pejabat bagi membantu siasatan.

Laporan BH Online menyebut, ketika ditanya mengenai siasatan kes mana, Mohd Shukri menjawab, “Macam-macam kes, saya pun tak pasti.”

Dan ketika ditanya sama ada beliau akan dipanggil semula untuk disiasat, beliau memberi jawapan ringkas, “Tidak.”

Terdahulu, laporan media menyebut Mohd Shukri tiba di ibu pejabat SPRM di sini pada kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button