Berita Semasa

Kedah akan bina sistem keretapi berkelajuan tinggi Maglev di Langkawi

ALOR SETAR – Kerajaan negeri akan menggunakan kepakaran teknologi Maglev dari Korea untuk membangunkan sistem keretapi berkelajuan tinggi di Pulau Langkawi.

Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Haim Hilman Abdullah berkata, satu kajian menyeluruh akan dilakukan oleh pakar dari Korea untuk menilai pembangunan projek berkenaan dalam tempoh 6 bulan.

“Kerajaan negeri berhasrat membina jaringan pengangkutan dan pembangunan bersepadu dengan syarikat antarabangsa pengangkutan.

“Kajian ini membolehkan kita melihat sejauh mana kerjasama ini boleh direalisasikan dan bila boleh dimulakan bergantung kepada hasil kajian tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Darul Aman, semalam.

Terdahulu, satu memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara Royal Eco Train Development (RETD) Korea dengan Q-plex yang merupakan rakan strategik RETD di Malaysia bersama Permodalan Kedah Berhad (PKB) bagi projek sistem teknologi maglev serta ‘Transit Oriented Developments’ (TOD) di Langkawi.

Majlis menandatangani diwakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RETD Co Ltd, Lee Changwook dengan Mohd Azad Jasmi selaku CEO PKB, disaksikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Show More

Related Articles

Back to top button