Berita Semasa

CIDB meterai MoU bersama Smart Paints dan PKBM

KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), Smart Paints (M) Sdn Bhd dan Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) bagi memajukan program latihan vokasional (TVET) dalam industri pembinaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR)  memberikan tumpuan penuh dalam program untuk memperkasakan TVET dalam sektor pembinaan.

“Kementerian Kerja Raya (KKR) komited dalam pelan ini dengan memperkasakan TVET Pembinaan.

“KKR menerusi CIDB Malaysia melahirkan tenaga-tenaga mahir yang kompeten di Pusat Latihan CIDB iaitu Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan CIDB Technologies.

“Sehingga kini lebih dari 420,000 berjaya dilatih dan diiktiraf sebagai pekerja mahir,” katanya dalam ucapan perasmian majlis itu.

Ahmad berkata, kerjasama itu merupakan langkah penting dalam meningkatkan kemahiran dan produktiviti dalam industri pembinaan melalui inisiatif latihan yang terstruktur serta sokongan teknikal.

Dalam pada itu, kerjasama tersebut dirasmikan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh CIDB Holdings, anak syarikat CIDB Malaysia, bersama Smart Paints (M) Sdn Bhd dan Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM).

Sehubungan itu, tandatangan MoU itu disaksikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Jelasnya, dalam MoU tersebut menetapkan beberapa kerjasama utama.

“Antaranya, kolaborasi Smart Paints dan CIDB Holdings, adalah untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti latihan kemahiran dalam teknologi pengecatan.

“Smart Paints menyediakan mesin dan produk pengecatan kepada ABM untuk melatih pelatih dalam teknik pengecatan dan pengendalian mesin, serta membimbing mereka menjadi usahawan dan pengecat bertauliah untuk Smart Paints,” katanya.

Katanya, kolaborasi Smart Paints dan PKBM adalah sebagai ejen untuk menyusun program perniagaan dan pemasar secara bersama.

“Inisiatif ini juga membuka peluang kepada kontraktor untuk menjadi panel kontraktor bagi projek-projek Smart Paints,” katanya lagi.

Ujarnya, CIDB Holdings dan PKBM berkolaborasi untuk berkongsi kepakaran dan teknologi bagi meningkatkan kualiti latihan kemahiran dan menggalakkan penyertaan ahli PKBM dalam program-program berkaitan.

Show More

Related Articles

Back to top button