
Kerajaan komited pastikan pencarum LTAT terima dividen terbaik – Mohamed Khaled
KUALA LUMPUR – Bagi memastikan pencarum-pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mendapat manfaat dan dividen yang terbaik, kerajaan komited dalam memastikan pelaburan yang dibawa meraih pulangan yang baik dan konsisten.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha tersebut termasuk meningkatkan keuntungan menerusi syarikat-syarikat antarabangasa yang dipegang oleh LTAT.
Ujar beliau, Pharmaniaga, syarikat di bawah LTAT, mempunyai dua syarikat subsidiari di Indonesia iaitu PT Millennium Pharmacon International (MPI) dan PT Errita Pharma dengan masing-masing mempunyai 73 peratus serta 100 peratus pegangan.
“Pasaran farmaseutikal Indonesia cukup besar. Dengan peningkatan populasi dan golongan pertengahan di negara ini, Pharmaniaga perlu mengambil peluang dalam meningkatkan keuntungan syarikat-syarikat yang dipegang olehnya,” ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook.
Terdahulu, Khaled bersama Duta Besar Malaysia ke Indonesia mengadakan
lawatan kerja rasmi sulung ke Indonesia sejak memegang jawatan Menteri Pertahanan.
Tambah Mohamed Khaled, semasa lawatan beliau, pihaknya juga telah mendengar taklimat berkenaan potensi kedua-dua syarikat subsidari tersebut.
“Di sini, saya telah mendengar taklimat berkenaan status semasa dan potensi syarikat berkenaan, di samping meneroka langkah-langkah ke hadapan yang boleh dilaksanakan,” ujarnya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |