
Anjing kejar budak hingga hampir sebabkan kemalangan akan ditidurkan
MANJUNG – Pihak berkuasa telah menangkap seekor anjing yang mengejar seorang kanak-kanak hingga menyebabkan nyaris digilis sebuah kereta berhampiran Kompleks Kastam Lumut di Sitiawan, di sini semalam.
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berkata, Unit Haiwan Terbiar, Pelesenan dan Penguatkuasaannya telah mengambil maklum berkenaan video tular kejadian yang berlaku pada 9 pagi itu.
Menurutnya lagi, jika anjing terbabit dianggap berbahaya, ia boleh ditidurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) berdasarkan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).
“MPM mengambil tindakan segera dengan menangkap anjing itu di bawah Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Perbandaran Manjung) 1993.
“Semakan menunjukkan anjing itu bukanlah liar dan mempunyai permit daripada MPM.
“Pemilik haiwan itu gagal mengambil langkah munasabah untuk memastikan haiwan itu tidak menyusahkan jiran, menyalak tanpa henti atau mengambil langkah untuk memastikan ia tidak merayau di luar premis pemiliknya,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, MPM turut menangkap tiga ekor anjing termasuk anjing terbabit pada hari yang sama.
Pada masa ini, MPM akan merujuk kepada JPV untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu, tular video berdurasi 20 saat yang menunjukkan dua kanak-kanak melarikan diri dalam keadaan panik apabila dikejar oleh seekor anjing putih
Menerusi rakaman video dari sebuah kenderaan itu, kanak-kanak itu dilihat berlari melintasi jalan dalam usaha mereka untuk melarikan diri.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |