Luar Negara

Tik-Toker Iraq maut ditembak berkait kandungan tidak sopan

BAGHDAD – Seorang pempengaruh media sosial yang popular di TikTok dikenali sebagai Umm Fahad maut ditembak oleh penyerang bermotosikal di depan kediamannya di Zayouna, tengah ibu kota ini.

Umm Fahad atau nama sebenarnya Ghufran Sawadi ditembak oleh seorang penyerang pada jarak dekat dengan menyamar sebagai penghantar makanan.

Media tempatan melaporkan, penyerang melepaskan tembakan kepada mangsa yang sedang berada di dalam kereta Cadillac milik mangsa.

Pergerakan suspek yang dirakam oleh kamera litar tertutup itu menunjukkan suspek melarikan diri selepas dipercayai merampas telefon milik Fahad.

Fahad dikaitkan dengan kebencian orang ramai terhadap kandungan yang disifatkan kebaratan dan tidak selari dengan tuntutan agama.

Mangsa sebelum ini pernah dipenjarakan selama enam bulan oleh pihak berkuasa atas kesalahan kandungan berbentuk seksi dan tidak sopan.

Mangsa bagaimanapun terus memuat naik kandungan tarian dan nyanyian dengan pakaian yang ketat dan menjolok mata.

Pada tahun lalu, pempengaruh popular dari negara ini, Noor Alsaffar maut ditembak berkaitan kandungan video menari, fesyen, dandanan rambut dan alat solek.

Show More

Related Articles

Back to top button