Politik

BERSATU serah notis kosongkan kerusi kepada 6 MP, 1 ADUN selepas PRK KKB

LARUT – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan menyerahkan notis pengosongan kerusi kepada enam ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Perdana Menteri selepas selesai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

Laporan BH Online menyebut Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai berkata, pihaknya akan mengadakan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk mengesahkan tindakan yang akan diambil.

“Arahan itu saya terima daripada MPT dan selepas sahaja PRK Kuala Kubu Bharu, kita akan segera melaksanakan mesyuarat ini.

“Sehari selepas mesyuarat itu kita akan serah notis kepada enam ahli Parlimen dan seorang ADUN yang menyokong kerajaan.

“Sepatutnya mesyuarat ini akan kita adakan dalam masa terdekat namun terpaksa fokus pada PRK dahulu,” katanya kepada pemberita seaktu ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Parlimen Larut di Dewan Semai Bakti Felda Ijok, dekat sini.

Kata Hamzah lagi, tindakan sedemikian seharusnya diambil sebagai peringatan dan pengajaran kepada kesemua wakil rakyat BERSATU.

Enam ahli Parlimen yang menyokong kerajaan adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Seorang lagi yang terbabit adalah ADUN Selat, Kelang iaitu Datuk Abdul Rashid Asari.

Hamzah pada masa yang sama turut menyifatkan enam ahli Parlimen yang mengambil mudah tindakan yang bakal dikenakan BERSTAU sebagai permainan psikologi terhadap diri mereka sendiri.

“Tak perlu komen tindakan mereka itu, kalau dah kena esok baru dia tahu.

“Biarkan tindakan dia psiko diri sendiri sebab nak melegakan diri sendiri,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button