Berita SemasaPM X

Anwar tiba di Riyadh hadiri Mesyuarat Forum Ekonomi Sedunia

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi tiba di Riyadh dalam jadual kerja rasmi menghadari Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) yang akan berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Anwar dan delegasi negara termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menaiki pesawat khas tiba di Riyadh pada pukul 3.25 pagi tadi (waktu Malaysia).

Kehadiran disambut oleh Naib Menteri Luar Arab Saudi, Waleed A. Elkhereiji dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah.

“Pertemuan dan persidangan ini antara lain akan menyentuh perkara-perkara terkait kepentingan negara, bermula dengan sesi Plenari Pembukaan bertemakan Visi Baharu Pembangunan Global pagi ini di mana saya akan menyampaikan ucapan.

“Doakan kejayaan buat delegasi Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu serta berkongsi dasar dan hala tuju negara, di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin-pemimpin dunia,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau.

Pada lawatan itu, Anwar juga dijadualkan memenuhi undangan khas oleh Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman.

Perdana Menteri juga akan menyertai Dialog Strategi Serantau Bersama mengenai ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang diadakan khusus untuk mengetengahkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 dan Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama dalam sesi itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button