Berita SemasaPolitik

Penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu: Calon bebas muncul saat akhir

HULU SELANGOR – Berlaku kejutan pada penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sebentar tadi selepas calon bebas, Nyau Ke Xin muncul pada saat akhir.

Ke Xin, 29, yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor tiba di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini pada 9.10 pagi tadi.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan wakil Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao, manakala pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut pula akan mewakili Perikatan Nasional (PN), diikuti calon bebas, Hafizah Zainuddin.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, mendiang menewaskan semua pencabarnya dengan majoriti 4,119 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding esok hingga 11.59 malam, 10 Mei.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRK Kuala Kubu Bharu adalah sebanyak 40,226 orang terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan adalah pada 11 Mei, manakala undi awal pada 7 Mei.

Show More

Related Articles

Back to top button