Berita SemasaPolitik

Kalau nak pilih pemimpin, jangan pilih yang hipokrit – Akmal Saleh

PUTRAJAYA – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan selamat maju jaya kepada calon-calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kubu Bharu (KKB).

Beliau menerusi Facebook berkata demikian selepas pengisytiharan penamaan calon PRK KKB yang diadakan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, hari ini.

“Keputusan PRK KKB ini tidak akan mampu untuk mengubah kedudukan kerajaan negeri mahupun pusat.

“Tetapi ia akan memberikan satu mesej yang jelas dari rakyat kepada semua pemimpin,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Akmal mendoakan agar segala urusan sepanjang PRK KKB berlangsung dipermudahkan.

Akmal turut menasihati para pengundi supaya memilih pemimpin yang sesuai dalam pilihan raya itu.

“Kepada pengundi KKB, anda mewakili suara rakyat Malaysia ketika ini.

“Kalau nak memilih pemimpin, jangan pilih pemimpin yang hipokrit, “ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button