Hiburan

Gitar milik John Lennon dijangka cecah harga lelongan RM3.81 juta

NEW YORK – Sebuah gitar milik anggota kumpulan The Beattles, John Lennon yang ditemui semula selepas lebih 50 tahun akan dilelong di Hard Rock Cafe Times Square pada 29 Mei ini.

Syarikat lelongan Julien’s Auctions menjangkakan harga bagi guitar akustik itu mencecah AS800,00 (RM3.81 juta).

Gitar Framus Hootenanny bertali 12 itu yang ditemui di dalam sebuah loteng rumah di Britain itu kini dipamerkan di Hard Rock Cafe Piccadilly Circus, London sehingga 29 April ini.

Gitar itu sebelum ini dimiliki oleh Gordon Walker iaitu salah seorang pemuzik kumpulan Peter & Gordon yang popular sekitar 1960-an.

Acara lelongan itu juga akan disiarkan secara langsung melalui laman web syarikat pelelong, JuliensAuctions.com

Selain gitar Lennon, pelbagai barang milik artis terkenal dilelong pada acara tersebut.

Antaranya adalah koleksi 200 buah gitar milik Randy Bachman, jaket milik Micheal Jackson, topi milik Angus Young, penyanyi kumpulan rock ACDC, baju Amy Whinehouse dan jaket milik Joan Jett.

Show More

Related Articles

Back to top button