Jenayah & Mahkamah

Kereta masuk gaung, tiga beranak terselamat

BALING – Pantang maut sebelum ajal. Itulah perumpamaan yang boleh menggambarkan pengalaman pasangan tiga beranak yang terselamat selepas terjunam ke dalam gaung di Gunung Inas, di sini, semalam.

Ketua Polis Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kejadian melibatkan suami isteri dan seorang anak lelaki berusia tiga tahun itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Pengkalan Hulu ke Baling.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku kereta jenis Honda City yang dipandu Nur Raihan Rumli; suami, Abdul Jalal Mat Zaini dan anak lelaki mereka, Muhammad Adib Kamali hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh ke dalam gaung.

“Kereta itu terjunam ke gaung di kanan jalan menyebabkan kereta itu rosak teruk,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun katanya, Nur Raihan dimasukkan ke Hospital Baling untuk pemerhatian kerana didapati sedang mengandung tujuh bulan.

Sementara itu, Ketua Balai dan Penyelamat Baling, Mohd Jamil Mat Daud berkata, operasi menyelamat dan membawa keluar mangsa terpaksa dilakukan menggunakan tali.

 

Show More

Related Articles

Back to top button