Berita Semasa

Casino di Forest City: Kerajaan akan ambil tindakan kepada pihak bersabit

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam tuduhan pembinaan sebuah kasino di Forest City, Johor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan meminta pihak Bloomberg menarik balik artikel berita yang disiarkan agensi tersebut.

“Mereka yang disentuh (dalam laporan itu) perlu mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian seusai menunaikan Solat Jumaat di Pusat Muktamar Islam Malaysia Airlines Berhad (MAB) di sini hari ini.

Khamis lalu, Anwar menafikan sekeras-kerasnya laporan yang menyatakan Putrajaya sedang mempertimbangkan lesen kasino kedua untuk Forest City dan menyifatkan ia sebagai satu pembohongan.

Sebelum ini, laporan Bloomberg yang memetik sumber, mendakwa bahawa Perdana Menteri bertemu dua hartawan terkemuka pada minggu lalu bagi membincangkan rancangan membuka kasino di Forest City.

Perdana Menteri menegaskan laporan media yang memetik sumber bahawa terdapat rancangan untuk membuka kasino berlesen kedua itu, adalah tidak betul.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button