Berita Semasa

Nahas helikopter: Bedah siasat mangsa dijangka siap petang ini

IPOH – Proses bedah siasat mangsa-mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijangka selesai pada pukul 2 petang ini.

Memetik laporan Buletin TV3, kesemua lapan jenazah akan disolatkan sebelum diserahkan ke pangkuan keluarga untuk upacara pengebumian.

Sementara itu, dua buah lori milik TLDM tiba di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainon pada pukul 8.4 5pagi tadi untuk urusan membawa keluar mangsa.

Kesemua mangsa akan dibawa ke 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di sini bagi istiadat rasmi ketenteraan.

Dua lagi mayat mangsa masing-masing akan dibawa ke Kuching dan Setiawan.

Nahas pesawat HOM AW139 dan Fennec M502-6 pagi semalam mengorbankan 10 anggota TLDM selepas perlanggaran di udara ketika pesawat mengadakan latihan raptai sempena Hari Ulang Tahun TLDM ke 90.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button