Berita Semasa

Jenazah Nor Rahiza dibawa ke rumah bapa dahulu sebelum dikebumikan

YAN – Jenazah Bintara Muda TNL, Noor Rahiza Anuar dijangka dibawa pulang ke rumahnya di Taman Perumahan Awam 2, Jalan Pantai Murni di sini terlebih dahulu sebelum dikebumikan petang ini.

Laporan BH Online menyebut abang sulungnya, Abdul Latif Anuar,46, sebagai berkata, jenazah adik ketiga daripada lima beradik itu dijangka tiba pada pukul 4 petang ini.

Jenazah akan dibawa ke rumah bapa mereka itu untuk penghormatan terakhir oleh ahli keluarga termasuk bapa mereka, Anuar Hassan, 70-an.

“Jenazah akan dibawa ke Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Jalan Tambun, Ipoh (selepas selesai bedah siasat) untuk solat jenazah.

“Selepas itu, jenazah adik akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Ruat di sini, untuk dikebumikan selepas solat Asar, petang ini,” katanya dalam laporan tersebut, hari ini.

Menurut Abdul Latif, suami Noor Rahiza, Azinor Azizan, 40-an masih berada di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak bagi menunggu urusan bedah siasat selesai.

Show More

Related Articles

Back to top button