Berita Semasa

Datuk Red diamkan diri selepas bercerai talak satu dengan Adira

RAWANG – Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red enggan memberikan sebarang komen selepas bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, di sini, pagi tadi.

Adnan, 46, hanya mendiamkan diri tanpa sebarang jawapan, sebaliknya beliau meminta bertanyakan kepada bekas isterinya berkaitan kes perceraian mereka.

“Tanya dia (Adira), saya sudah tak larat nak jalan,” katanya ringkas selepas diminta mengulas mengenai penceraianya.

Terdahulu, Adnan melafazkan cerai talak satu pada jam 9.39 pagi di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Umar selepas mahkamah membenarkan permohonan Adira selaku plaintif mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Mahkamah kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 33, menjalani tempoh edah selama tiga kali suci, selain mendaftarkan perceraian.

Sebelum ini, Adira pernah memfailkan perceraian pada 2019, namun menarik semula demi anak-anak.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perceraian sekali lagi susulan tiada persefahaman.

Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button