Berita Semasa

[VIDEO] Semua kru pesawat bertembung disahkan terkorban

LUMUT – Kesemua 10 kru pesawat HOM (M503-3) dan AS550 Fennec yang terhempas semasa latihan di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini disahkan terkorban.

Menurut kenyataan Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut di laman Facebook sebentar tadi, kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman.

@malaysiatribune

Menteri Pertahanan sahkan semua 10 kru maut dalam nahas helikopter di Lumut #khalednordin kementah tldm nahashelikopter pesawatterhempas aircrash helicoptercrash lumut #malaysianews #beritatiktokviralterkini20022

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

 

“TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“TLDM memohon orang ramai tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan,” menurut kenyataan itu.

Menurut maklumat awal diterima, pesawat HOM yang membawa tujuh kru terhempas di stadium kem berkenaan manakala pesawat Fennec yang membawa tiga kru terhempas di kawasan kolam renang kem.

Kedua-dua helikopter dilaporkan berlepas dari padang Sitiawan pada pukul 9 pagi tadi sebelum bertembung ketika melakukan pergerakan akrobatik ketika melintasi ruang udara kem berkenaan.

Pesawat malang berkenaan dipercayai sedang dalam Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90.

Show More

Related Articles

Back to top button