Berita Semasa

Anggota Maritim Malaysia cedera ditembak di mata jalani pembedahan lagi esok

KOTA KINABALU – Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Bintara Muda Maritim Zainal Abas Komel yang terlibat dalam insiden tembakan baru-baru ini bakal menjalani pembedahan selanjutnya di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada hari esok.

Ketua Penolong Pengarah (KPP) Penguatkuasaan dan Eksesais (P&E) yang juga Pemangku Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Sabah dan Labuan, Komander Maritim Siti Khairunnisak Abd Aziz berkata, pembedahan ini dilaksanakan bagi memastikan sama ada kornea mata beliau masih boleh berfungsi atau sebaliknya.

“Pemeriksaan awal perlu dilakukan terlebih dahulu oleh Pakar Mata bagi memastikan anggota berkenaan mendapat rehat secukupnya sebelum menjalani pembedahan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kebajikan terhadap anggota berkenaan di sini awal pagi tadi.

Sementara itu, Siti Norhaini turut memaklumkan pihak Maritim Sabah dan Labuan akan menjaga kebajikan anggota dan ahli keluarga beliau yang tiba di Kota Kinabalu sepanjang mereka berada di sini.

Baru-baru ini, Ketua Bot Banggi 48, Zon Maritim Lahad Datu itu telah mengalami kecederaan di bahagian bawah mata kiri akibat terkena serpihan benda asing dalam kejadian berbalas tembakan tersebut.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button