Berita Semasa

KPKT umum peruntukan RM4.58 juta tambah baik infrastruktur awam di Gerik

GERIK – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.58 juta bagi menambah baik infrastruktur awam dan sosioekonomi penduduk di bandar ini.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, peruntukan tersebut meliputi pelaksanaan 22 projek yang akan dilaksanakan Majlis Daerah Gerik (MDG) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

“Antara projek yang akan dilaksanakan termasuk menyelenggara dan membaik pulih Pasar Awam Gerik dan kerja-kerja pembaikan longkang lama berhampiran Gerai Makan MDG Kampung Baru Batu Dua.

“Selain itu, kerja-kerja menaik taraf satu unit kolam takungan di Skim Perumahan Taman Seri Kiara akan turut dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, sebanyak RM1.7 juta yang meliputi tujuh projek disalurkan kepada MDG manakala RM2.88 juta (15 projek) disalurkan kepada JPKK di daerah Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu.

“Peruntukan yang diluluskan ini adalah belanjawan berasaskan prestasi atau performance-based budget.

“Ini adalah bagi memastikan  perkhidmatan dan fokus KPKT dalam penambahbaikan infrastruktur awam dapat  terus dipertingkatkan demi keseleaaan dan kesejahteraan penduduk setempat,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button