
Lelaki OKU melecur disimbah air panas
BAYAN LEPAS – Seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) melecur di bahagian depan dan belakang badan selepas disimbah dengan air panas oleh jirannya dalam kejadian di Jalan Rajawali I-Park, di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zain berkata, mangsa, 33, yang tidak bekerja dan merupakan OKU Sindrom Down namun boleh bertutur dengan baik kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dalam keadaan stabil.
Katanya, menerusi laporan yang dibuat adik mangsa di Balai Polis Bayan Lepas, mangsa dikatakan disimbah dengan cecair disyaki asid oleh seorang wanita sejurus lelaki malang berkenaan menaiki lif.
“Rawatan di HPP mengesahkan lelaki terbabit melecur di sebahagian depan dan belakang badan sebelah kanan bukan disebabkan simbahan asid tetapi air panas,” katanya memetik laporan Buletin TV3.
Mengulas lanjut Jafri berkata kejadian berkenaan berlaku di dalam lif ketika mangsa mahu pulang ke rumahnya di tingkat 16.
Katanya, berdasarkan rakaman CCTV, hanya mangsa dan suspek sahaja berada dalam lif itu ketika kejadian.
“Polis sudah mengenalpasti suspek wanita yang disyaki tinggal di kejiranan mangsa namun belum ada tangkapan dibuat.”
“Punca kejadian tidak dapat dipastikan kerana mangsa tidak pernah bertegur dengan suspek dan tidak pernah ada perselisihan faham,” katanya lagi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, rakaman video tular berkenaan memaparkan ruangan dalam lif yang dinaiki seorang wanita memakai baju putih, seluar hitam dan bercermin mata.
Mangsa kemudian dilihat masuk ke dalam ruangan lif itu sebelum wanita terbabit mengeluarkan botol lalu menyimbahkan cecair terhadap mangsa.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |