
Tewas kepada Vietnam, Harimau Muda ucap selamat tinggal Piala Asia B23
DOHA – Malaysia mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan Piala Asia B23 selepas tewas kepada Vietnam 2-0 dalam aksi Kumpulan D di Stadium Kebangsaan Khalifa malam ini.
Kekalahan itu merupakan yang kedua berturut-turut selepas tewas 0-2 kepada Uzbekistan baru-baru ini.
Kemenangan Vietnam membolehkan mereka mara ke pusingan seterusnya selepas menewaskan Kuwait 3-1 dalam perlawanan pertama.
Terdahulu, Malaysia yang tampil dengan aksi lebih kemas berbanding perlawanan pertama buntu untuk mencari jaringan awal meskipun melakukan asakan bertali arus.
Namun pada minit ke-39 Vietnam mengejutkan Malaysia menerusi jaringan cantik Khuat Van Khang menerusi sepakan percuma.
Memasuki separuh masa kedua, ketumpulan jentera serangan terus membelenggu skuad negara.
Pada minit ke-60 kelalaian pertahanan negara dihukum sekali lagi apabila Vietnam dihadiahkan sepakan penalti.
Pemain Vietnam, Vo Hoang Minh Khoa tidak bermasalah untuk menambah jaringan kedua menewaskan penjaga gol Harimau Muda.
Tersentak dengan jaringan kedua, Malaysia cuba menggandakan asakan dan melakukan tiga pertukaran serentak termasuk mengeluarkan ketua pasukan, Mukhairi Ajmal namun, ketumpulan jentera serangan terus menjadi masalah utama.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |