Berita SemasaSukan

Nagelsmann tandatangani kontrak baru kemudi Jerman di Piala Dunia 2026

BERLIN – Ketua jurulatih bola sepak Jerman, Julian Nagelsmann bersetuju menandatangani kontrak lanjutan untuk kekal sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan itu sehingga tamat Piala Dunia 2026.

Ketua julatih muda berusia 36 tahun itu dilantik menggantikan ketua jurulatih sebelumnya, Hansi Flick pada September 2023 dengan menandatangani kontrak perjanjian jangka pendek sehingga tamat Kejohanan Euro 2024 ini.

Ketua juruatih bola sepak Jerman, Nagelsmann berkata, keputusan menandatangani kontrak lanjutan merupakan satu penghormatan besar kerana dapat melatih pasukan negara kelahirannya dan bekerjasama dengan pemain-pemain terbaik dari negaranya itu.

“Ini adalah keputusan dari hati saya. Ia adalah satu penghormatan besar untuk dapat melatih pasukan kebangsaan dan bekerjasama dengan pemain terbaik di negara ini.

“Dengan persembahan yang berjaya dan penuh semangat, kami berpeluang untuk memberi inspirasi kepada seluruh negara.

“Dua kemenangan menentang Perancis dan Belanda pada Mac sangat menyentuh perasaan saya. Kami mahu bermain di Euro 2024 di tempat sendiri dengan berjaya dan saya sangat menantikannya bersama pasukan bimbingan saya ketika Kejohanan Piala Dunia 2026.”

Dalam pada itu, Nagelsmann telah memenangi tiga daripada enam perlawanannya sebagai ketua jurulatih pasukan, menundukkan pasukan Perancis dan Belanda pada Mac lalu, kini beliau akan kekal dengan kontrak perjanjian jangka panjang selepas menandatanganinya pada musim panas depan.

Sehubungan itu, Jerman akan berdepan Scotland pada pembukaan Kejohanan Euro 2024 pada 14 Jun sebelum bertemu Hungary dan Switzerland dalam Kumpulan A.

Terdahulu, anak buah Nagelsmann akan beraksi menentang Ukraine dan Greece pada Jun depan dalam perlawanan pemanas badan.

Sementara itu, Kejohanan Euro 2024 akan bermula pada 14 Jun dengan Jerman yang telah layak secara automatik sebagai negara tuan rumah.

Show More

Related Articles

Back to top button