Berita SemasaHiburan

Ali XPDC sesak nafas dikejarkan ke hospital

SEPANG – Ali XPDC atau nama sebernarnya Mohd Ali Ismail, dikejarkan ke Hospital Serdang selepas mengalami sesak nafas.

Exco Perumahan dan Pembangunan Bandar Lestari, Kebudayaan, Adat Istiadat Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Borhan Aman Shah, berkata beliau menziarahi penyanyi tersebut di kediamannya dan pada ketika itu beliau menghadapi sedikit sesak nafas.

“Kami terus menghantar beliau ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Terdahulu, isteri vokalis popular itu, Sharifah Azuwanna Syed Joned memaklumkan, kesihatan suaminya semakin merosot sejak awal tahun lalu dan semakin serius sejak Ramadan.

“Bila malam abang memang tak dapat tidur dan hanya tidur dalam keadaan duduk. Saya ada merayu memintanya ke hospital namun abang kata tunggu dulu.

“Meskipun sakit, abang tetap berpuasa penuh serta berulang alik menunaikan solat fardu di masjid dengan dihantar anak kami,” kata kepada media tempatan beberapa minggu lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button