Luar Negara

Paderi terkenal ditikam dalam majlis keagamaan di Sydney

SYDNEY – Sekurang-kurangnya empat orang cedera dalam serangan di Gereja Assyria ketika penganjuran acara keagamaan di Wakeley, di sini.

Antara yang tercedera adalah paderi terkenal iaitu Biskop Mar Mari Emmanuel dari Gereja Assyrian Christ The Good Shepherd.

Serangan menggunakan pisau yang dilakukan oleh seorang remaja lelaki berusia 15 tahun itu tersiar melalui siaran langsung di Youtube dan TikTok.

Video menunjukkan Emmanuel yang sedang memimpin upacara keagamaan dihampiri oleh seorang remaja yang bertindak menikam bahagian kepala paderi itu berkali-kali.

Polis New South Wales mengesahkan suspek ditahan manakala empat mangsa yang cedera dirawat di hospital.

“Salah seorang mangsa berumur dalam lingkungan 50-an yang cedera akibat ditikam telah dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

“Kami percaya ada unsur dari segi ekstremisme bermotifkan agama,” kata Pesuruhjaya Polis NSW, Karen Webb.

Serangan itu merupakan serangan pisau kedua dalam tempoh hanya tiga hari selepas enam orang terbunuh dalam serangan tikam secara rambang di sebuah pusat beli-belah tepi pantai di kawasan Bondi pada Sabtu lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button