Berita Semasa

KPKM giat jalankan libat urus kenal pasti golongan terbabit subsidi bersasar

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang giat menjalankan sesi libat urus bersama pemegang taruh dalam usaha mengenalpasti golongan sasar bagi penyaluran subsidi bersasar.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata golongan sasar tersebut terdiri daripada sektor tanaman, ternakan, perikanan dan penyediaan perkhidmatan pertanian yang akan terlibat di bawah KPKM.

“KPKM sentiasa menyokong hasrat Kerajaan dalam usaha untuk melaksanakan penyaluran subsidi secara bersasar,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Dalam hantaran yang sama, Mohamad berkata, beliau turut menghadiri Mesyuarat Skim Kawalan Subsidi (SKD) 2.0 bersama secara dalam talian bersama Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Wisma Tani, Putrajaya hari ini.

Tambah beliau, KPKM turut berpandangan penelitian secara terperinci perlu dilaksanakan bagi memastikan ianya disalurkan kepada golongan sasar yang selayaknya serta pada masa yang sama turut memastikan peruntukan kerajaan dapat dibelanjakan secara efisen.

Show More

Related Articles

Back to top button