Jenayah & Mahkamah

Kes tembak KLIA, lelaki direman esok

KOTA BHARU – Suspek lelaki yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor awal pagi semalam akan direman esok.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk mendapatkan perintah reman.

Buat masa ini, pihaknya sedang mengumpulkan maklumat berkait kejadian selepas polis berjaya menahan suspek pada jam 3 petang.

Terdahulu, suspek tersebut berjaya ditahan di hadapan Hospital Pakar Perdana, yang terletak hanya beberapa meter dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, pada pukul 3 petang tadi.

Dia ditahan oleh anggota Bahagia Siasatan Jenayah Berat (D9), Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan.

Difahamkan, berlaku pergelutan ketika suspek cuba ditahan.

Pemeriksaan ke atas kenderaan suspek turut menemukan sepucuk pistol dipercayai digunakannya dalam insiden tembakan itu.

Show More

Related Articles

Back to top button