Berita SemasaSukan

Arsenal lepaskan peluang rampas puncak EPL

LONDON – Arsenal ketinggalan dua mata di belakang pendahulu liga Manchester City selepas pasukan “The Gunners” itu tunduk 2-0 kepada pasukan Aston Villa malam tadi.

Arsenal melepaskan peluang untuk berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah Liverpool tewas 1-0 di laman sendiri kepada Crystal Palace, kini pasukan utara London itu berkongsi mata bersama Liverpool dengan perbezaan gol.

Arsenal memulakan permainan mereka dengan Aston Villa mengetahui bahawa pesaing kejuaraan mereka, Liverpool telah kehilangan tiga mata di tempat sendiri kepada Crystal Palace berpotensi untuk melebarkan jurang dengan kelebihan dua mata kepada Liverpool.

Menurut “The Athletic”, Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata, dia sangat kecewa dengan keputusan perlawanan itu tetapi mendakwa pasukannya patut menjaringkan lima gol menentang Aston Villa.

“Separuh masa pertama adalah salah satu babak terbaik yang kami hadapi musim ini menentang pasukan teratas. Kami sepatutnya menjaringkan tiga, empat, lima gol tetapi kami tidak melakukannya,” katanya ketika ditemu bual selepas perlawanan.

Pengurus Arsenal itu mengakui permainan berubah selepas waktu rehat dan pasukannya bergelut untuk mendapatkan momentum apabila Aston Villa memperoleh lebih banyak penguasaan dan mencipta lebih banyak peluang sebelum gol lewat mereka.

“Kami bergelut untuk menjaringkan gol, beberapa hantaran sudut untuk mereka dan kemudian kami melepaskan gol yang mudah.

“Kemudian, kami usaha menyamakan kedudukan tetapi kami bolos satu lagi gol dan ia satu kekalahan yang menyakitkan,” katanya lagi.

Dalam pada itu , Aston Villa berpeluang untuk mengukuhkan tempat keempat selepas kekalahan besar Tottenham kepada Newcastle dengan keputusan 4-0.

Gol lewat daripada Leon Bailey dan Ollie Watkins sudah cukup mengukuhkan kemenangan untuk Aston Villa.

Show More

Related Articles

Back to top button