Jenayah & Mahkamah

Suspek kes tembak KLIA pernah ditahan kes ugutan jenayah

SEPANG – Kejadian tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) pada awal pagi tadi dipercayai berpunca daripada masalah peribadi antara suspek dengan isterinya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek sebelum ini pernah ditahan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya yang menjadi sasaran utama dalam kes pagi tadi.

Beliau berkata, semakan rekod polis mendapati isteri suspek pernah membuat dua laporan terhadap suaminya pada tahun 2016 dan Disember tahun lalu.

“Suspek telah ditahan polis sebelum ini selepas dua laporan polis dilakukan oleh isterinya. Sehubungan itu, kami percaya kes ini berpunca daripada hal peribadi antara suspek dengan mangsa (isteri),” katanya dalam sidang media di KLIA1 hari ini.

Dalam kejadian 1.30 pagi tadi, seorang lelaki yang merupakan pengawal peribadi kepada isteri suspek cedera di perut selepas terkena salah satu daripada dua das tembakan yang dilepaskan suspek.

Satu lagi tembakan dilapor mengenai orang ramai menyebabkan kecederaan.

Susulan kejadian itu, seorang wanita yang menggunakan nama ‘Farah Cie’ tampil di Facebook dan membuat pengakuan sebagai individu yang sasaran sebenar.

Show More

Related Articles

Back to top button