Jenayah & Mahkamah

Lelaki warga Israel tidak mengaku salah tuduhan miliki senjata api

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Israel mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memiliki senjata api di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Avitan Shalom,38, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

“Saya faham, tidak bersalah” katanya dalam Bahasa Inggeris.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki enam senjata api dan peluru berkenaan pada 26 hingga 28 Mac lalu di Hotel Four Seasons di sini.

Dia menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat), yang membawa hukuman penjara tidak kurang 30 tahun dan tiodak melebihi 40 tahun serta enam sebatan jika sabit kesalahan.

Show More

Related Articles

Back to top button