Kerajaan akan segera tangani isu prasarana pesakit, pekerja hospital – PM Anwar
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan segera menangani isu prasarana yang dihadapi oleh pesakit dan pekerja hospital.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara masalah yang dihadapi, terutamanya di wad kelas tiga adalah panas dan sesak.
“Macam kawasan wad kelas tiga itu tentu, panas sikit dan sesak dan menteri akan bawa dalam perjumpaan jemaah menteri untuk kita segerakan mana yang perlu.
“Walaupun begitu, saya selalu menggesa supaya buat kajian itu biar yang menyeluruh, cara mana kita perolehan ubat-ubat, apakah ikut kaedah kos seterusnya tidak merugikan, adakah ubat-ubat itu digunakan sepenuhnya dan tidak ada pembaziran,” kata Anwar, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas melawat 27 orang pesakit di Wad 18A (Perubatan) Hospital Kuala Lumpur (HKL), di ibu negara pagi tadi.
Katanya, kerajaan juga akan memberikan tumpuan yang lebih kepada HKL kerana mempunyai tanggungan yang lebih besar berbanding hospital lain.
Namun demikian, kerajaan juga akan terus memberikan fokus kepada institusi kesihatan yang lain seperti klinik-klinik luar bandar seperti di Kapit, Sarawak dan Manek Urai, Kelantan.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune