Berita Semasa

3 warga Pakistan maut dirempuh kenderaan ketika hendak solat Aidilfitri

TELUK INTAN – Tiga lelaki warga Pakistan maut dirempuh sebuah kenderaan yang terbabas dan hilang kawalan pada pagi hari raya semalam di kilometer 16 Jalan Teluk Intan-Bidor.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu tiga lagi cedera parah.

Difahamkan ketika kejadian mangsa dan beberapa rakanya yang lain sedang berjalan secara berkumpulan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Tiga mangsa tersebut meninggal ditempat kejadian manakala tiga lagi mangsa cedera dikejarkan ke Hospital Teluk Intan.

Terdahulu tular satu video di mana seorang pemandu telah dipukul berberapa lelaki warga Pakistan akibat marah rakan mereka dilanggar.

Show More

Related Articles

Back to top button