Berita Semasa
3 kawasan di Sarawak dijangka alami ribut petir, hujan lebat, angin kencang
PUTRAJAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga kawasan di Sarawak.
Menurut MetMalaysia dalam satu kenyataan, tiga kawasan itu ialah di Sibu (Selangau), Kapit (Kapit) dan Bintulu.
Katanya, situasi itu dijangka berlaku sehingga 1 pagi esok.