Berita Semasa

Pertembungan JDT, Selangor buka tirai saingan bola sepak Malaysia

PUTRAJAYA – Perlawanan Johor Darul Ta’zim bertemu Selangor FC, pada perlawanan Sumbangsih, Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2024 akan membuka tirai saingan bola sepak Malaysia pada 10 Mei 2024.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan pertembungan juara Liga Super 2023 dan naib juara Liga Super 2023 itu, akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor diikuti dengan perlawanan-perlawanan lain Liga Super 2024/2025 pada hari berikutnya.

MFL juga mengumumkan jadual perlawanan untuk Liga Super 2024-2025 dan Piala FA 2024 berserta tarikh – tarikh perlawanan untuk 13 kelab musim ini yang merangkumi perlawanan minggu 1 hingga minggu 13 (LS1 – LS13).

“Kalendar ini memberi kemudahan kepada kelab-kelab Liga Malaysia untuk menyusun persiapan awal bagi musim baharu.

Menurut MFL, badan bebas First Instance Body (FIB) jika memutuskan terdapat satu kelab dari 13 kelab itu tidak layak bertanding maka, hanya 12 kelab yang akan bertanding dalam musim ini, serta jadual akan dikemaskini semula.

“Manakala jadual dan format pertandingan Piala Malaysia, MFL Challenge Cup dan Piala MFL akan diumumkan dalam masa terdekat selepas pengesahan oleh FIB berkenaan jumlah kelab yang akan bertanding dalam Liga Malaysia 2024/25,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Katanya, jadual itu dirancang dengan mempertimbangkan beberapa faktor dan pertandingan penting di dalam dan luar kalendar FIFA.

Ujarnya, antara pertandingan-pertandingan penting seperti AFC Champions League Elite (ACLE) dan ASEAN Club Championship (Shopee Cup) serta acara sukan lain seperti Sukan Olimpik 2024 dan juga kejohanan tempatan SUKMA Sarawak 2024.

Jadual Liga Super 2024-25 (LS1-LS13) boleh disemak melalui pautan berikut https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2024/04/Jadual-Liga-Super-2024-25-LS1-LS13-08042024.pdf

Show More

Related Articles

Back to top button