Berita Semasa

Agong titah pemimpin politik supaya jangan ekstrem dalam isu agama, kaum

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berharap pemimpin politik di negara ini, tidak ekstrem dalam memberikan pandangan berkenaan isu-isu agama dan perkauman.

Seri Paduka Baginda bertitah, pemimpin daripada semua parti mesti menjadi jambatan atau penghubung antara masyarakat majmuk di Malaysia, dengan memberikan contoh perilaku yang matang.

“Saya ingin menasihati semua pihak untuk memberi tumpuan untuk mengajak rakyat ke arah perpaduan, bukannya perpecahan.

“Saya ingin melihat rakyat bersatu padu dengan harmoni,” titah Seri Paduka Baginda dalam hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap pimpinan kanan UMNO dan DAP di Istana Negara, yang tertumpu kepada perkembangan semasa berkaitan isu-isu sensitiviti agama dan kaum.

Dalam hantaran sama, Sultan Ibrahim turut bertitah bahawa kejadian baru-baru ini sepatutnya membuka mata semua pihak daripada pelbagai lapisan masyarakat, untuk mempunyai tanggungjawab menjaga perpaduan negara.

Show More

Related Articles

Back to top button