Jenayah & Mahkamah

Kes wanita tikam kekasih, kertas siasatan diserah kepada pendakwa raya

KOTA BHARU – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menyelesaikan siasatan terhadap kes seorang wanita yang di dakwa menikam kekasihnya ketika melakukan hubungan badan di Dataran Lemang, Manik Urai di Kuala Krai, pada 1 April lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kertas siasatan tersebut sudah diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

Jelasnya, siasatan awal yang dilakukan mendapati ketika kejadian itu berlaku hanya terdapat mangsa dan suspek sahaja.

“Siasatan yang dilakukan turut mengambil kira aspek di mana suspek wanita berkenaan cuba mempertahan dirinya pada ketika itu.

“Pada masa sama, jika dilihat dari sudut yang lain, ketika mangsa ditemui tidak ada kesan darah di lokasi kejadian dan terdapat banyak kemungkinan berikutan kes yang berlaku sudah beberapa hari,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Program Keselamatan Jalan Raya Op Selamat 22/2024 Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024 di Hadapan Balai Polis Binjai, Kota Bharu, di sini, hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, mayat seorang lelaki ditemukan di hadapan tandas awam Dataran Lemang Manek Urai dengan tiga kesan tikaman dipercayai dilakukan seorang wanita yang dipaksa melakukan hubungan badan oleh mangsa.

Show More

Related Articles

Back to top button