Berita Semasa

2 terkorban nahas kereta, lori

SEREMBAN – Sekurang-kurangnya dua terkorban dalam nahas kemalangan kereta dan sebuah lori tiga tan mengakibatkan letupan dan kebakaran kereta, dalam kejadian di Jalan Bukit Mantin di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, terdapat dua orang mangsa yang identitinya masih belum dikenal pasti telah terperangkap dan rentung di dalam kereta tersebut.

“Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba pada pukul 11.35 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk dibedah siasat.

“Kebakaran itu melibatkan sebuah kereta jenis BMW yang telah hangus terbakar berikutan pertembungan dengan sebuah lori tiga tan,” katanya dalam satu kenyataan pagi tadi.

Sementara itu, tiga orang mangsa yang menaiki lori tersebut mengalami kecederaan telah dirawat di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini untuk rawatan susulan.

Show More

Related Articles

Back to top button