Berita Semasa

Permohonan pembatalan sekatan perjalanan boleh dibuat secara online

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengumumkan permohonan pembatalan sekatan perjalanan boleh dibuat secara dalam talian melalui perkhidmatan e-Sekatan Perjalanan mulai 4 Mac lalu.

Menurut LHDN, permohonan hanya akan diluluskan kepada individu warganegara Malaysia yang terkesan oleh sekatan perjalanan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 dan telah membuat pembayaran penuh amaun tunggakan cukai.

“Untuk memohon pemohon perlu mengakses portal ‘MyTax’ melalui https://mytax.hasil.gov.my/ atau portal rasmi LHDN dengan melalui https://www.hasil.gov.my/ dan pilih MyTax, seterusnya pilih Perkhidmatan ezHasil, kemudian pilih e-Sekatan Perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut LHDN lagi, pembayaran boleh dibuat melalui perkhidmatan ByrHASiL di https://byrhasil.hasil.gov.my/HITS_EP/ atau melalui perbankan internet bank terpilih menggunakan nombor bil sekatan perjalanan.

Katanya, permohonan yang layak akan diproses dalam tempoh lima hari dan status akan dimaklumkan melalui e-mel atau notifikasi peti mel ‘MyTax’.

Show More

Related Articles

Back to top button