Berita Semasa

Mangsa diselamatkan dari sindiket penipuan pekerjaan akan disiasat

KUALA LUMPUR – Semua mangsa yang diselamatkan dalam sindiket pekerjaan dan pemerdagangan manusia akan disiasat bagi memastikan mereka tidak terlibat sebagai dalang kepada mana-mana pihak.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan, tindakan itu akan dilaksanakan pihak berkuasa sebaik sahaja tiba di negara ini bagi memastikan mereka adalah benar-benar mangsa kepada sindiket penipuan.

Katanya, sekiranya pihak berkuasa mendapati ada pihak yang diselamatkan adalah dalang kepada sindiket, mereka akan diambil tindakan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

“Tindakan tegas akan dikenakan sekiranya terdapat bukti mereka adalah dalang dan bukannya mangsa.

“Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda.

“Setakat hari ini empat orang warga negara ini didakwa kerana disyaki menjadi dalang sindiket penipuan di Peru pada tahun 2023,” katanya.

Mohamad berkata demikian di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Senator Roderick Wong Siew Lead berhubung sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand yang semakin menjadi-jadi ketika ini.

Sebelum itu, beberapa pihak mempertikai ‘ketulenan’mangsa-mangsa yang telah diselamatkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang sebahagiannya menuntut wang tebusan mencecah jutaan ringgit dari ahli keluarga mangsa.

Mangsa-mangsa juga dikatakan ditawan dan diperdagangkan kepada pihak ketiga selain diseksa dan dibunuh.

Show More

Related Articles

Back to top button