Berita Semasa

Rakyat Malaysia di Melbourne ‘buka’ bazar Ramadan

SALAH satu daripada tarikan yang terdapat pada bulan Ramadan termasuk bagi masyarakat bukan Islam adalah pada bazarnya yang menyajikan pelbagai juadah untuk dinikmati.

Bagi rakyat negara ini, peluang ke bazar Ramadan sudah tentu memberi kepuasan untuk memilih hidangan-hidangan yang tidak selalu diperolehi.

Baru-baru ini, warganet dikejutkan dengan kemeriahan suasana sebuah bazar yang mirip seperti di Malaysia tetapi sebenarnya dirakam di Melbourne, Australia.

Video yang dikongsikan oleh cikroseaussie di saluran TikTok itu sehingga kini dimainkan lebih 500,000 kali dengan komen-komen yang menyatakan kekaguman pada persamaan dengan bazar Malaysia.

Cikroseaussie berkata, bazar Ramadan itu dirakam di Noble Park, Melbourne yang disertai oleh rakyat Malaysia di negara itu.

Antara juadah yang dijual termasuk ayam golek, ikan bakar, nasi ayam, keropok lekor, otak-otak, nasi kerabu, sotong bakar, popia dan banyak lagi.

Di dalam video itu juga, kebanyakan pengunjung kelihatan seperti rakyat Malaysia selain penduduk tempatannya.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button