Berita Semasa

58.7 peratus rakyat Malaysia daftar PADU

PUTRAJAYA – Seramai 17.65 juta atau 58.7 peratus keseluruhan profil rakyat telah berjaya didaftar dan dikemaskini di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) selepas penutupan tempoh pendaftarannya semalam.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, susulan dari itu, beliau dan pihaknya seterusnya akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri pada bulan ini.

“Kepada warganegara yang tidak berjaya mendaftar dan mengemaskini profil di PADU, data pentadbiran yang sedia adalah mencukupi dan akan digunakan untuk kerajaan dalam menentukan kelayakan individu bagi tujuan penyasaran semula subsidi.

“Sekiranya ada keperluan, Kementerian Ekonomi akan umumkan pembukaan semula PADU untuk tempoh yang singkat bagi pendaftaran dan pengemaskinian, setelah kerajaan membuat keputusan bentuk dan mekanisme subsidi bersasar,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Rafizi menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan sistem PADU termasuk pasukan pembangunan sistem PADU di Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Jabatan Digital Negara dan Kementerian Komunikasi.

Seterusnya, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah mengambil inisiatif dan memberi kerjasama untuk mendaftar sistem PADU.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button