Berita Semasa

PPMKLS santuni 300 anak yatim sepanjang Ramadan tahun ini

KUALA LUMPUR – Seramai 300 anak yatim dari rumah kebajikan di sekitar ibu negara telah disantuni Pertubuhan Prihatin dan Muhibbah KL dan Selangor (PPMKLS) sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Pengerusi PPMKLS, Shaari Ismail berkata, usaha murni tersebut dijalankan sejak tertubuhnya badan bukan kerajaan (NGO) itu pada 2018 dengan penyampaian sumbangan seperti duit dan baju raya dijalankan saban tahun.

“Antara sumbangan yang diberikan kepada anak-anak yatim ini berupa baju raya, kuih raya, baju jalan dan duit raya.

“Kami amat berterima kasih di atas dana dan keprihatinan yang diberikan oleh dermawan persendirian dan juga MAIWP bagi melaksanakan kerja amal PPMKLS demi kesejahteraan anak yatim dan asnaf di sekitar Kuala Lumpur (KL),” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar PPMKLS bersama anak yatim yang turut dihadiri Penolong Pengurus Unit NPO Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mohd Zulhimi Mohd Zamberi di sini baru-baru ini.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin dan Muhibbah KL dan Selangor (PPMKLS), Shaari Ismail.

Pada majlis tersebut juga, seramai 80 anak yatim dan asnaf dari Al Haq Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah diraikan dengam sumbangan duit raya.

Tambah Shaari, pihaknya berharap lebih ramai individu untuk tampil memberikan sumbangan, sekali gus dapat membantu menampung keperluan anak-anam yatim yang menetap di Kuala Lumpur.

“Kalau boleh memang kami nak bantu ramai lagi sebab ramai yang meminta bantuan tetapi dana kami terhad.

“Tahun ini lebih kurang 300 anak yatim menerima manfaat bantuan Ramadan dan kelengkapan hari raya. Jumlah itu lebih banyak berbanding tahun lalu dan ia kian meningkat saban tahun,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button