Berita Semasa

Beku permit padi Terengganu: Kenyataan kerajaan negeri mengelirukan – KPB

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjelaskan bahawa kenyataan kerajaan negeri Terengganu yang mengeluarkan arahan pembekuan perpindahan padi adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Datuk Azman Mahmood berkata, kuasa untuk membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] melalui fungsi Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras.

“Untuk rekod, arahan pembekuan permohonan perpindahan padi masih lagi berkuatkuasa sehingga kini.

“Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat lebihan hasil padi di dalam negeri dan terdapat keperluan untuk menjual padi merentasi negeri, permohonan boleh dikemukakan di pejabat KPB negeri untuk pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarah KPB,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

KPKM melalui KPB telah membekukan semua permohonan permit perpindahan padi daripada ke luar negeri sejak 20 Jun tahun lepas.

Jelas beliau, inisiatif itu merupakan satu langkah intervensi KPKM bagi mengatasi isu bekalan beras setempat serta mengambil kira kebajikan para petani.

Show More

Related Articles

Back to top button