Jenayah & Mahkamah

Stoking kalimah Allah: Pengasas KK Mart dan isteri mengaku tidak bersalah

SHAH ALAM – Pengasas KK Supermart & Superstore Sdn Bhd dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan secara sengaja melukakan perasaan agama orang Islam dengan cara menjual stoking bercetak kalimah Allah di kedai serbaneka berkenaan.

Datuk Seri Chai Kee Kan dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui membuat pengakuan tersebut sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Muhamad Anas Mahadzir.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Turut didakwa di mahkamah sama, pemilik syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd, Soh Chin Huat di mana syarikat itu menjadi pembekal stoking berkenaan serta dua lagi dari syarikat itu, Goh Li Huay dan Soh Hui San yang turut tidak mengaku bersalah.

Kesemua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 seorang.

Terdahulu, sekeping gambar yang memaparkan stoking tertera kalimah Allah dijual di sebuah KK Super Mart Bandar Sunway selepas ia dimuat naik oleh pengguna di media sosial.

Ia sekali gus mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk kemurkaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dengan menitahkan semua lapisan masyarakat supaya menjaga keharmonian negara dan tidak memainkan isu sensitif melibatkan agama, kaum dan raja-raja.

Show More

Related Articles

Back to top button