Berita Semasa

Satu kes kematian akibat strok haba dilaporkan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Terdapat satu kes kematian akibat strok haba dilaporkan berlaku setakat ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kes berkenaan melibatkan seorang lelaki berusia 22 tahun, dan berlaku di Maran, Pahang pada 2 Feb lepas.

“Kita bersyukur kita belum berada di tahap ketiga iaitu gelombang haba ekstrem, namun ini boleh berlaku bila-bila masa jika kita lihat bahawa perubahan iklim dan berlakunya penipisan lapisan ozon menyebabkan negara kita tidak terlepas daripada cuaca panas ekstrem.

“Mudah-mudahan kita berusaha dengan cara yang baik termasuk pembenihan awan yang dilakukan Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Angkatan Tentera Malaysia di beberapa kawasan tertentu,” kata Ahmad Zahid ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara, hari ini.

Ketika menjawab celahan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya mengenai kos pembenihan awan, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, setiap operasi berkenaan menelan belanja kurang RM100,000 dan ia bergantung kepada keadaan awan dan tiupan angin yang sesuai.

Show More

Related Articles

Back to top button