Berita Semasa

Isu stoking kalimah Allah: Jangan ambil tindakan ikut undang-undang sendiri – Saifuddin

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengingatkan orang ramai agar mematuhi undang-undang dengan tidak mengambil tindakan sendiri dalam kes stoking tertera kalimah Allah.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, hanya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja yang berhak untuk menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

“Agensi penguatkuasa yang sah di sisi undang-undang di negara ini adalah PDRM dan kalau kita benarkan pihak lain ambil tindakan, ia tidak bagus untuk negara,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Khas Menteri Dalam Negeri bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian, Jabatan, Agensi dan Pengamal Media 2024 di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kebimbangan yang dibangkitkan oleh Lawyers for Liberty dan kumpulan bekas penjawat kanan (G25) mengenai kumpulan ‘vigilante’ yang mengambil tindakan sendiri terhadap individu yang membuat komen berhubung isu stoking tertera kalimah Allah baru-baru ini.

Show More

Related Articles

Back to top button